Latest Posts

Sehari Di Aftal Jannah





Actually we went to this therapy center on Dec last year. Pusat terapi ni biras aku punya. Since we both ada anak autism, biras aku nekad buka pusat terapi sendiri. Dia pun dah buka satu tadika jugak. Aftal Jannah ni located at Bandar Tun Hussien Onn betul2 belakang area Aeon JJ kat situ.


Kalau dekat memang besar hajat lah aku nak hantar izara kat situ. FYI, izara da tak sekolah kat Sinar Ceria lagi. Sebab skang dah fully follow up dengan HKL. From speech sampai lah OT. Faktor cost juga sebab kena maintain yuran sekolah at the same time bayar pengasuh. Huhu.....





Pusat ni pun baru je operates. So barang2 semua masih baru dan cantik. Disebabkan izara da penah pegi sekolah terapi masuk2 je dia dah tau nak buat apa. Haha teringat sekolah lama lah tu. Yuran Aftal Jannah ni tak lari jauh kos nya dengan pusat terapi yang lain. Monthly tu memang kena spend RM1K above. But i always wonder....macam mana dengan parents yang memang cannot afford to sent their kids to the specialist? Ada bantuan ke? Ade pusat2 jagaan lain like PDK tu tapi we can't put higher expectation. Paham2 lah.... 





Bila sampai sini tengok Rafael macam boleh jer berdikari main sendiri. Tak pulak dia nak ngekot je mak nya...or merengek2. Tapi kalau kat umah lain peel dia. Herghhhh....






Bagus tau pegi sekolah terapi ni sebab pembelajaran dan teknik dia memang focus pada masalah yang kita nak overcome. Sedia duit je. Yelaa rezeki anak2 ni kadang kita tak boleh jangka. Actually aku survey dah NASOM and so on. Telan air liur dengar fees dia. Benda baik value mesti tinggi. I believe that. Setau aku dulu NASOM tak lah mahal macam ni. Assessment saja cost u RM800 
for 4-5 hourly. Ko rase?????? 






Macam lah dah duduk lama kat situ sampai serabai rambut ko ni rafael. Aku perasan si adik ni minat tools memasak. Bagi lah benda lain....yang tu jugak dia nak. Ke sebab masa pregnant dulu aku gigih masak? Seingat aku gigih makan je..Hahaha



Macam oklah pulak kalau anta both kids pegi taska or tadika kan? Aku masih lagi nak cari tadika yang sesuai untuk dorang ni. At least tak ada lah depa mengendeng dengan babysitter je kan? Sebab si adik ni manja giler. Dah terbiasa.....



Dalam usia nak masuk 3 taun ni pun makan bersuap tak nak makan sendiri. Bila tak suap macam kesian pulak kat dia kan. Hahaha yelah dia kan sakit kronik tak sampai hati mak nya. Tapi sebab tak sampai hati ni lah bahaya jadi manja and now dia tak pandai mingle sangat. My bad.....


But i will try untuk biasakan dia...ajar dia berdikari ikut kemampuan dia lah. Izara pun tengah proses toilet train. Most of the time....we fail. Tak pe..slow2. Benda yang menguji kesabaran ni selalu ada hasil kat penghujung nya. 




Hearing Assessment




Appointment check up telinga adik.




 As expected, telinga adik memang da confirm SSD (Single Side Deaf) belah kiri. Kanan alhamdullilah normal. This time pegi HAT Mizan untuk buat test and confirm kan size untuk hearing aids dia. Disebabkan dia toddler, no fancy aids untuk dia. Kena pakai yang basic tu. Huhu baru nak berangan pakai kan adik yang kecik molek. Bukan apa....risau benda tu menarik perhatian budak2 lain. Takut kena buli... :-(





 Alhamdullilah sejak operate 2 taun lepas...so far kesihatan adik macam biasa. Makan...masih lagi picky eater. Dia suka makan kuih2..cakes and biskut. Nasi memang susah giler! 
Ayam goreng ke apa kena tengok cara masakan plak macam mana. Kalau nak masak makanan untuk adik aku pikir 2-3x sebab nanti membazir. Rosak diet mak nya. Eh...






 As usual....kalau appointment kat HAT Mizan ni kau memang kena banyak.....banyak...banyak bersabar. Patient tak ada tapi lambat nya kau jangan pertikai lah. Buat penat jer nanti. Kalau tak nak komplen pegi lah swasta. Tapi sama je...kau still kena tunggu. Cuma masa menunggu HAT ni lain dari yang lain. Hahaha





 Untuk procedure ni patient memang kena tido. Lagi2 budak kecik penakut ni. Kalau tak memang 2-3x lah kau ulang alik hospital. Tapi adik ni aku heran. Ubat tido tu macam tak ada efek pun. Katanya tido sejam dua. Setengah jam dia da bangun! 


Bermula adegan kat situ. Melalak mengamuk punya lah takut. Bukan kena injection pun. Dia punya gelabah tu macam mak nak hantar dia pegi bersunat. Rilek arrr dik!






 Lepas pujuk bagi susu...settle. Tapi kejap jer pun calm down nye. Sebab da ada bad experience duduk hospital kata nya. Asal baju biru lalu nangis. Kadang rasa give up nak tenangkan dia sebab tak tau ape benda yang dia takut sangat tu. Huhu....





Nak pujuk anak2 aku ni senang je. Bawak pegi mall...JJ ke kefor ke. Settle masalah. Senyap...memancor kebahagiaan depa ni. Lepas ni kena submit quotation untuk beli hearing aids untuk Rafael. Facing with hospital appointment ni memang memenatkan. Lagi2 kalau kau handling the kids alone. Kadang2 aku jadi narrow mind pasal PJJ ni. Ada good and bad....tapi macam banyak yang bad. Kalau pjj tak ada anak i think ok lagi. Bila da anak....rasa macam semua buat sendiri. Mengandung sendiri..beranak sendiri. Baik tak payah ada teman hidup. 


Tapi sesetengah jelah. Sebab nak kata apa kan kalau tu rezeki nya. Pendek kata...terpulang pada hati masing2. Lain orang lain caranya.


Bertabah lah aku :-)






Throwback





Hi.

Bila da lama tak taip ni idea ntah apa2 sikit.
Basically, i will throwback lah a few story last year yang ok untuk disimpan jadikan kenangan.
Hehe tak kisah lah. Blog kita....suka kita ler.

Lagipun hp mak da rosak. Nak food porn pun tak semangat.
Sedih jangan cakap lah. Aku ni jenis sayang barang. Lagi2 kalau orang hadiahkan. Tapi kalau da anak kau campak enam belas kali kat dinding....terpaksa redho kan jelah.


Last year I was a bit down. Banyak benda jadi especially to my kids. Tu yang malas nak update citer. So aku banyak share kat IG. Direct and short. Tapi bila belek2 balik macam tak best plak tak simpan dalam blog kan. Contoh macam skang ni lah. Hp rosak....gambar apa semua tak sempat back up. Kalau blog update ada gak memori.





Ni semua hasil aku membaking orang tempah for small occasion. Aku masih maintain as part time baker. Still cannot focus lagi. Blum betul2 pandai nak manage time.






 I still got my loyal supporter. Thats my strength. Hehe yer jelaa aku ni. Lagipun skang ni baking industry dah meluas. Semua boleh masak boleh baking. Compete...











 






This year i wish boleh start bake and taking orders back. I cant wait!!!! 
Wish me luck.






Setahun Bersama Sawang







Pejam celik dah setahun tak update blog. 
Tak ada semangat lah. Yelah motivation up sides down. 
Insyaallah tahun depan dengan semangat baru azam baru mak akan update all my kids journey.

Alahai kekok nya nak taip!
Lama sangat tinggal blogging. *bajet femes.... Hahahaha



Bye....





Birthday Awal 2 Hari





Happy Birthday to me





Celebration ni aku sambut awal dua hari
Saja buat sekali harung
Tak kuasa aku nak menyepah 2-3 kali.


Kek besday sendiri bikin
Saja buat 2-tier
Untuk merai diri sendiri...anak2 dan kawan kat ofis yang besday nya November jugak
Bebaloi lah buat 2-tier

Adik jangan cakap lah memang suka sangat makan kek!
Lagi disuap lagi berselera.
Mak rasa happy sebab kek nya abis dan anak mak pun suka makan.
Zara aku tenyeh cukup2!
Jangan tanya lah macam mana rupa cik kak tu kena torture.
Tulaa hadiah besday dia taun ni...kena paksa makan
Hehehe





Aku buat dua kek berlainan
Top is chocolate cheese cake and bottom is absolute chocolate.




 Ya....ni working environment mak
Kawan2 ofis mak yang sama2 gegila macam cacing.

Ada masa gile kelaut ada masa sopan santun
Dan ada masa sepatah haram pun tak sempat cakap
Sibuk konon2....
Bila sibuk baru lah sel-sel otak berhubung yer.
Mbahahaha




 Seriously aku jarang jarang jarang posing potong kek
Posing tepi kek atau ape saja yang berkaitan dengan bergambar.
32 tahun hidup gambar sambut besday dengan kek mungkin ade 10 ketul atau kurang.
Aku kan pemalu.
Eh




Sesekali nak penuhkan blog dengan muka sendiri.
Eh...blog aku kan? 
Sukati aku ler....
^___^






First Word




video



Alhamdullilah
Boleh pun zara sebut perkataan.
Mak nya jeles ni sebab gigih aku ngajor dia sebut ibu....mak...mama
Nan adooooo
Tiba2 ayah kau sebut dulu


Bole????


Lama aku ngajor dia ni..
Last2 ayah jugak dia pilih
Ayah pun ayah lah nak....






video



I'm proud
Hadiah paling berharga sempena kamu 3 years old.
Kejap..
Nak amik hujung langsir lap hingus.
Kehkehkeh